Halaman

Isnin, 18 Mei 2009

Minda Jutawan


Bersama Dato' Dr. Noordin B. Darus
Oleh : Mohd Nazeri B. Mohd Ramly
Sumber : Majalah Worldwellness (edisi Okt-Dis 2008)

Kita akan memperhatikan corak pemikiran yang membezakan orang KAYA dengan orang MISKIN. Corak pemikiran yang saya pelajari dari guru saya (sesiapa sahaja yang memberi kita ilmu adalah guru kita) dan akan kita perhatikan dalam edisi ini adalah :

Orang kaya yakin & percaya mereka yang menentukan kehidupan mereka

Orang miskin yakin & percaya kehidupan telah ditentukan untuk mereka

Kita harus percaya bahawa kita yang menentukan kehidupan kita sendiri. Jika tidak, ini bermakna kita tidak dapat mengawal apa sahaja dalam kehidupan kita dan ini termasuk juga KEWANGAN kita. Kita harus yakin bahawa kita merupakan penyebab UTAMA kepada KEJAYAAN atau KEGAGALAN, kesedaran dalam kehidupan, kesukaran dalam mencari duit, kesukaran dalam hidup dan semua yang berlaku secara kita sedari atau tidak. Tetapi, kita yang MISKIN tidak sedar akan perkara ini. Sebaliknya, mereka lebih gemar untuk meletakkan diri mereka sebagai 'MANGSA'.

Apa yang dimaksudkan sebagai 'MANGSA'? Dan bagaimana kita dapat mengenali mereka ini? "Mangsa-mangsa" ini biasanya ada memberi beberapa petanda yang mudah dikesan.

Petanda yang pertama adalah mereka suka MENYALAHKAN. Apa yang mereka salahkan? Mereka salahkan keadaan, kerajaan, majikan, rakan-rakan, "upline", "downline", dan sesiapa ataupun apa saja yang ada di sekeliling mereka tetapi BUKAN DIRI MEREKA SENDIRI!

Seterusnya, petanda lain yang ada adalah mereka suka MENYEDIAKAN SEBAB yang kononnya munasabah. Contohnya, "Duit tak penting sangat". Mereka yang ada pandangan sebegini sebenarnya adalah mereka yang MISKIN!. Biasanya mereka suka membandingkan duit dengan kasih sayang. Kononnya duit tak penting asalkan kita ada kasih sayang yang banyak. Bolehkah kita membanyar ansuran rumah contohnya dengan kasih sayang?. Duit itu sangat penting untuk sesetengah perkara dan tak penting untuk sesetengah perkara yang lain. Perkaitannya kita boleh lihat daripada kaki dan tangan kita. Kedua-duanya sama penting!

Petanda yang terakhir adalah mereka suka MERUNGUT. Ketahuilah bahawa perkara yang kita fokuskan akan membesar. Maksudnya, jika kita merungut tentang kehidupan kita yang susah dan keadaan kewangan kita yang MISKIN, kita sebenarnya memfokuskan kepada masalah dan keadaan itu. Maka, ini akan membuatkan kita bertambah susah dan bertambah MISKIN!

Apa yang sebenarnya dilalkukan oleh "mangsa-mangsa" ini sebenarnya hanyalah meminta perhatian. Tidak akan ada MANGSA yang KAYA. Kita hanya boleh sama ada ingin menjadi KAYA atau menjadi MANGSA. Jadi, berhentilah daripada meletakkan diri kita sebagai mangsa dan kawal kehidupan kita sendiri mulai sekarang. Mungkin ada yang berfikiran semuanya telah ditakdirkan (PETANDA 1). Tidak ada satu agama pun yang mengejar penganutnya bahawa manusia dilahirkan di dunia ini untuk MISKIN atau KAYA. Kita sendiri yang menentukan segala-galanya.

Khamis, 14 Mei 2009

Kenali Worldwellness Network Sdn. Bhd.

Selamat Datang ke WorldWellness Network

WorldWellnesss Network Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat rangkaian pemasaran yang menawarkan produk yang berkualiti dan bertujuan membawa kesejahteraan kepada masyarakat melalui produk "YIN dan YANG", program kesihatan dan juga peluang perniagaan.

Produk "YIN" hasilan Worldwellness adalah –

Program Sihat Sepanjang Hayat. Program ini membantu individu, persatuan dan organisasi mengetahui rahsia tentang kesihatan. Program Langsing Sepanjang Hayat.

Program ini membantu individu menjaga berat badan mereka dengan menggunakan terapi `MIFIRO'.

Produk "YANG" pula merupakan produk kesihatan yang diilhamkan sendiri oleh Pengasas. Ianya bertaraf antarabangsa dan diletakkan di bawah enam kategori yang berasaskan "AIR", "MAKANAN", "UDARA", "PENJAGAAN KULIT" DAN "PENJAGAAN DIRI".


Produk WORLDWELLNESS adalah berbeza daripada produk-produk yang lain kerana ianya menggunakan Rx-WaterTM yang telah diilhamkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Dr. Noordin Darus ketika beliau diserang penyakit kanser. Ketika itu, untuk mengatasi masalah kesan sampingan yang berpunca daripada ubat dan kimoterapi, beliau berpaling kepada Yang Maha Kuasa. Dengan berkat doa yang tak putus-putus, beliau diberi inspirasi untuk menjadikan pengambilan air yang ditapis dan beraura sebagai satu rutin harian dan akhirnya keberkesanannya telah terbukti.

Air yang dimaksudkan telah banyak membantu beribu-ribu pengguna bagi melawan penyakit mereka seperti kencing manis, gout, artritis, kanser darah dan penyakit-penyakit yang lain. Pelbagai testimoni daripada pengguna mengenai Rx-WaterTM telah membuktikan keberkesanannya membantu memperbaiki kesihatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan peliharaan selain memperbaiki kualiti masakan dan pelbagai faedah yang lain.




Visi Kami


Menjadi sebuah syarikat yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan mempromosikan Kesejahteraan dan Penjagaan Kesihatan secara mudah, tanpa mengira jantina, umur, kepercayaan atau sempadan geografi.


Misi Kami


Menjadi sebuah syarikat pemasaran berangkai yang dinamik, unik dan unggul dalam perniagaan perubatan kesejahteraan.

Tujuan & Falsafah


Mengurangkan penyakit di dunia ini dengan menggunakan 7 Prinsip Sihat Sepanjang Hayat serta Perubatan Kesejahteraan Mudah.

Asas Nilai-Nilai Murni

Hasrat murni untuk memuaskan keperluan dan kehendak Pelanggan serta Ahli. Keinginan untuk mengambil langkah yang berani dan kreatif dalam perniagaan. Menghormati 7 Prinsip Sihat Sepanjang Hayat
  • Ketenangan Jiwa
  • Hidup Sihat & Bertenaga
  • Hubungan Kasih Sayang Berkekalan
  • Kebebasan Kewangan
  • Matlamat Hidup
  • Menyumbang dan Beramal
  • Menikmati Hidup dan Bersyukur

Selasa, 12 Mei 2009

Temui Pengasas WorldWellness Network

Jangan ketinggalan! Temui Yang Berbahagia Dato' Dr. Noordin Darus,
Pengasas WorldWellness Network di tempat anda.
Segala keterangan ada di bawah.



Datanglah beramai-ramai. Masuk Adalah PERCUMA.
Kod Lokasi :
Singapura [SG]
Kemunting, Perak [PERAK]

TEMPAT ADALAH TERHAD!

Sila sms kehadiran anda SEKARANG untuk mendapatkan sms jemputan khas kami.

SMS : MFR [ruang] Nama [ruang] kod lokasi & hantar ke +6012-7455094

Contoh : MFR Ain Bt Hamdan SG(hantar ke +6012-7455094)

Rx-Salt Terapi Garam

Rx-Salt - Pemangkin dan Pengimbang Rx-Water®

Garam bukan sahaja penting untuk kehidupan, tetapi juga untuk kesihatan. Ia mengekalkan keseimbangan elektrolit di dalam dan di luar sel. Kebanyakan garam datang dari makanan sementara setengahnya dari air. Kekurangan kandungan garam boleh memberikan masalah. Malah penambahan pengambilan garam telah digunakan secara berkesan untuk menangani Sindrom Kelesuan yang Kronik.Rx-Salt™ adalah campuran Garam Mata Air Bario yang dipanggang dan Garam Buluh Batu yang ditapis menggunakan Rx-Water™ dan kemudiannya dipanggang.

Garam Mata Air Bario Yang Dipanggang
Bario terletak dikawasan pergunungan di Timur Laut Sarawak, berdekatan dengan sempadan Kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dari mata air yang mengandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudiannya dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam Bario kemudiannya dibalut dengan daun-daun pokok pine.

Garam Buluh
Di Korea, buluh merupakan salah satu tumbuhan yang penting didalam bidang perubatan .Setiap bahagian seperti bahagian hujungnya, akar dan juga daun mempunyai fungsi yang berlainan. Garam buluh diperbuat daripada garam air laut yang telah dijemur sehingga kering dan dimasukkan ke dalam batangnya dan kemudian dibakar berulang kali sebanyak 3,6 atau 9 kali pada suhu 900 celcius atau 1500 celcius untuk membuang segala bahan galian dan juga toksin. Keseluruhan proses mengambil masa selama satu bulan. Garam Buluh Korea mempunyai garam mineral organik dan juga 70 ke 80 elemen yang penting dan juga mineral.

Keunikan Rx-Salt™:

  • Rasa yang sangat enak dan boleh digunakan sebagai penambah rasa.
  • Mengandungi lebih daripada 70 zat galian penting dan mikronutrien.
  • Mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan zink yang tinggi.
  • Mengandungi Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang tinggi - sukatan keupayaan melawan radikal-radikal bebas yang membahayakan.
  • Mempunyai kandungan "TENAGA PENTING TERMAMPAT" yang tinggi iaitu "KI" atau yang dipanggil sebagai "QI" dan digunakan didalam bidang perubatan tradisi Korea.

Kebaikan mengambil Rx-Salt™ bersama-sama dengan Rx-Water™

  • Sintesis mineral, vitamin dan enzim-enzim untuk membantu metabolisme.
  • Membantu membersihkan darah.
  • Mengekalkan pH badan dimana mineral boleh meneutralkan toksin-toksin berasid seperti asid urik dan asid berlebihan di dalam badan dengan pantas.
  • Menggalakkan imunisasi
  • Membantu mengurangkan tekanan darah rendah
  • Membantu memperbaiki keadaan pesakit kencing manis.
  • Baik untuk melawan penyakit gusi.
  • Membantu alahan, masalah penghadaman, arthritis, gout dan pelbagai penyakit lain.
    Loading...