Halaman

Isnin, 10 Ogos 2009

Gala Konvensyen 2009 - Selesa Beach Resort, Port Dickson, N9.

Assalamu'alaikum & Salam penuh Kesejahteraan,

Alhamdulillah pada 31 Julai - 2 Ogos 2009 telah berlangsungnya sambutan Gala Konvensyen dengan penuh pengisian dan tetap meriah. Pelbagai acara tersusun rapi untuk para peserta. Antara programnya ialah sukan dan riadah, ceramah motivasi (oleh Prof Izzi Hj Ali), pengisian ilmu, nasihat dan amanat mengenai air terutama Rx-Water oleh pengasas, Dato' Dr Noordin bin Darus. Dato' Dr Noordin juga mengistiharkan slogan baru iaitu "Mengubah gaya hidup bersana Worldwellness Networking" serta mengumumkan Dana Wellness bagi tujuan amal setiap bulan.



Kemuncak Gala Konvensyen pada kali ini adalah pada malam Alunan Ombak yang bertemakan 'Hawaii'. Kami amat terhibur dengan telatah dan usikan Dee (Jangan Ketawa) yang bertindak sebagai hos pada malam itu.



Kami juga dihiburkan dengan persembahan sangat bertenaga dan hebat Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah dan Rizu dari One In A Million. Pada majlis tersebut, pelbagai anugerah telah disampaikan antaranya pangkat Diamond Manager, Crown Manager dan Crown Ambassador (En Andek Ismail b. Ibrahim). Terdapat juga anugerah Top Stokis (AZ Wellness) dan Idola Worldwellness (En. Andek Ismail b. Ibrahim). Kesemua anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengasas WWN Dato' Dr Noordin b. Darus.
Moga kita berjumpa lagi pada sambutan Gala Konvensyen 2010, insya-Allah.... Jumpa Anda di Puncak Kejayaan...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan